BAB 38
Nurin Aurelia mengeluh sendiri seraya membetulkan night dress yang dipakainya. Walaupun ini bukan pilihannya, namun setelah didesak Zaryl iskandar, dia akur. Terasa sedikit kejanggalannya, namun digagahi juga, agar tidak nampak begitu kekok. Apalagi tatkala mengenakan kasut tumit setinggi 7 inci. Silap langkah, memang tergolek sakan ni.
“Lambat pulak dia ni…” Nurin Aurelia meninjau-ninjau restroom, memerhatikan kalau-kalau bayangan zaryl Iskandar kelihatan, namun hampa. Hampa sepuluh minit juga dia tercegat disitu.
Dikelilingi manusia-manusia asing, buat Nurin Aurelia sedikit kekok. Apatah lagi, hampir keseluruhan tetamu disitu datangnya dari golongan high class. Dalam hatinya ada juga mengharapkan kehadiran manusia-manusia yang dikenali. Dia sudah bersyukur yang amat kalau dipertemukan dengan Jefri. Tapi malangnya, tiada seorang pun yang kelihatan familiar. Hanya dia, dan dia. Sendiri.
“Nurin…”
Tiba-tiba Nurin Aurelia serasa goyah. Suara itu! Ya, suara itu bukan suara Zaryl Iskandar, dia pasti! Tetapi entah kenapa, suara itu sepertinya pernah bermain-main dicuping telinganya. Siapakah yang mengenalinya selain Zaryl Iskandar di situ? Nurin Aurelia resah. Segera dia memalingkan wajah menghadap empunya suara itu.
“Am…?” Bisiknya perlahan. Seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya!
Nurin Aurelia terpempan. Tak disangka, dia bakal menemui lelaki itu, disini… saat ini! Disaat hatinya yang rapuh mula menyembuh, dan dia hadir kembali… untuk apa lagi?
Nurin Aurelia mendengus kasar. Segera dia berlalu dari situ. Ingin melarikan diri dari situ. Disaat itu juga. Memandang lelaki itu membuatnya sebak, hampir menitiskan air mata. Lelaki itu sudah terlalu mengecewakannya. Namun kasut tumit tinggi itu terlalu menyusahkannya. Rasa macam nak ditanggalkan saja.
Adham Mukhriz laju mengejarnya. Nurin Aurelia sedar, dia tak mampu lagi untuk lari. Adham Mukhriz sudah pun menarik kasar tangannya.
“Lepas! I won’t see you anymore, I’ve promised myself.” Nurin Aurelia merentap kasar tangannya dari pegangan lelaki itu. Namun tak berjaya. Cengkaman itu terlalu kemas di lengannya. Menyinga wajahnya memandang Adham Mukhriz yang ternyata masih berlagak tenang tanpa rasa bersalah. Nurin Aurelia tambah kesal. Kenapa aku dipertemukan dengan lelaki sekejam itu?
“I’m sorry. Look, I’m truly sorry. Please forgive me, Nurin…”
Maaf? Senangnya dia berbicara! Lupakah dia betapa jahatnya kata-kata dia tempoh hari? Lupakah dia?
“Siapa awak? Saya tak kenal awak!” Nurin Aurelia cuba berdalih. Walaupun dia rasa mustahil benar untuk melarikan diri saat itu.
“Come on, Nurin! I tahu salah I. I tahu you marahkan I. Tapi I betul-betul rasa bersalah, and I nak…”
“Nak apa? Tebus balik salah awak? Lepas sesenangnya awak mainkan perasaan saya, sekarang awak nak minta saya lupakan semua tu? Never!”
Nurin Aurelia mengukir senyuman sinis. Ternyata lelaki itu memang diluar jangkaan. Sangkanya dia bakal menghilang selamanya, berani pula dia memunculkan diri?
“Memang salah I. Sebetulnya I keliru… tentang apa perasaan sebenar I pada you! I fikir you terlalu mendesak I, that’s why I feel you’re so annoying then… sampailah ke saat you tinggalkan I tanpa sebarang kata, barulah I tahu, siapa you yang sebenarnya dihati I. I dah mula sayangkan you. Maafkan I, Nurin…”
Nurin Aurelia menghela nafas panjang. Cukuplah dia terluka untuk sekali. Tidak untuk kali keduanya!
“Lepas! Remember my words, saya tak akan pernah maafkan awak! Tak akan! And don’t be bothered, sebab saya tak pernah anggap awak wujud selepas kejadian tu… bagi saya awak dah lama mati. Awak dah mati!” Bentak Nurin Aurelia. Separuh menjerit. Nasib baiklah situasi itu berlaku ditempat yang jauh dari tumpuan umum. Hanya ada beberapa pasang mata yang memerhatikan dengan persepsi kurang senang.
Nurin Aurelia merentap kasar lengannya dari pegangan Adham Mukhriz. Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat tersebut. Pasti ini rancangan Zaryl Iskandar untuk mempertemukan dia dan Adham Mukhriz kembali! Patutlah, beria benar lelaki itu mengajaknya ke majlis tersebut. Semuanya untuk ini!
“Tunggu Nurin!” Adham Mukhriz kembali meraih lengannya. Memaksa Nurin Aurelia untuk kembali menghadap lelaki tersebut.
Nurin Aurelia memandang tajam wajah Adham mukhriz. Wajah yang pernah dicintainya sepenuh hati, tapi sayang, cinta itu telah lama mati dan berubah menjadi benci! Benci yang tak akan pernah terpadam dari memenuhi sudut hati kecilnya.
“Stop talking nonsense, Am! Just go back to where you’re belong to!”
Nurin Aurelia mula resah. Dia tak mahu kalah pada lelaki itu. Dia tak mahu hatinya kembali mengharap…
“Ikut I.” Adham Mukhriz segera menarik tangan Nurin Aurelia. Namun ditolak kasar.
“Tak nak!” Nurin Aurelia segera menjauh. Dia benci untuk terus menerus memandang lelaki itu. Dia jijik mahu memandang wajah yang mula menjilat ludah sendiri!
“I miss you so much, honey!” Suara separuh menggoda menyapa pendengaran Nurin Aurelia. Entah kenapa, hatinya tergerak untuk mengalih pandang ke arah datangnya suara tersebut.
Serasa hatinya terhenti berdetak. Zaryl Iskandar bersama seorang wanita muda yang agak seksi. Night dress separa lutut, terbelah menampakkan pehanya yang putih melepak, Nurin Aurelia tambah sangsi. Apa lagi, jarak keduanya terlalu rapat. Kedua lengan gadis muda itu sudah melekat dileher Zaryl Iskandar. Memberi gambaran kurang senang pasa Nurin Aurelia akan perhubungan keduanya. Nampak seperti mesra benar.
“Go away, Tasneem!” Marah Zaryl Iskandar. Matanya terus disorot ke wajah Nurin Aurelia. Tubuh gadis itu sedikit terkebelakang, ditolak Zaryl Iskandar.
Nurin Aurelia kaku. Entah kenapa, serasa hatinya dilukai untuk kali kedua, malahan lebih teruk dari dulu. Nurin Aurelia mula merasakan kolam matanya bergenang. Bila-bila masa saja air matanya bakal gugur.
Zaryl Iskandar sedang memandangnya penuh makna. Nurin Aurelia tahu, Zaryl Iskandar memang memerhatikannya sedari tadi dibalik dinding sana. Jadi, inilah niat sebenar lelaki itu? Mempertemukan dia dan Adham Mukhriz kembali. Tapi untuk apa? Apa sekadar untuk menyakitkan hatinya? Begitu bencikah kau pada aku, Zaryl?
“Puas hati kau, Zaryl?” Bisik Nurin Aurelia sendiri. Setitis air mata gugur juga.
Dua pasang mata itu saling berpandangan dari jauh. Saling memandang, saling mengerti tiap sakit yang berlagu dihati. Nurin Aurelia serasa dipaku disitu. Begitu juga dengan Zaryl Iskandar. Biar diasak kasar oleh Tasneem, dia masih tak berganjak.
Adham Mukhriz turut membuang pandang ke arah Zaryl Iskandar. Dari riak wajah lelaki itu, dia tahu kalau Zaryl Iskandar tak suka dia mendekati isterinya itu. Namun dia tak peduli, dia serasa lebih berhak ke atas gadis itu. Kerana dia yang pertama dicintai gadis itu!
Segera Adham Mukhriz mendekati Nurin Aurelia. Tangan Nurin Aurelia ditarik kasar mengikutinya. Nurin Aurelia yang serasa longlai, hanya menurut.
Zaryl Iskandar mendengus kasar. Pantang melihat gadis miliknya dibawa lari orang yang tak sepatutnya. Terus dia melangkah, menghampiri keduanya.
Tasneem yang sedikit kehairanan, turut mengekori.
“Lepaskan dia!” Bentak Zaryl Iskandar seraya mendekati keduanya.
“What if I won’t?”
“Then I have a gift for you!” Zaryl Iskandar segera menumbuk wajah Adham mukhriz menyebabkan lelaki itu terbaring ke tanah. Tak cukup dengan itu, Zaryl Iskandar melepaskan beberapa tumbukan ke wajah Adham Mukhriz. Adham mukhriz tidak melawan, hanya membiarkan. Bibirnya galak menguntum senyum sinis. Membuatkan Zaryl Iskandar tambah geram.
“Stop! I said stop it now!” Jerit Tasneem, lantang. Segera dia menghampiri keduanya, lalu meleraikan keduanya. Nasib baiklah kejadian tersebut berlaku diluar dewan. Kalau tidak, pasti kejadian itu menjadi perhatian setiap hadirin yang hadir.
Nurin Aurelia pula kaku berdiri, tak bereaksi.
“You ni kenapa, sayang? Bertindak macam orang gila? Malu sikit dekat tetamu papa… And you, Am, apa tak kena dengan you ni?”
Tasneem segera membantu Zaryl Iskandar bangun, walaupun ditolak kasar Zaryl Iskandar. Macam nak terkeluar biji mata Nurin Aurelia memerhatikan gelagat Zaryl bersama wanita yang tak dikenalinya itu. Makin tak keruan jadinya.
Adham Mukhriz perlahan bangun. Segera dia menepuk pakaiannya yang sedikit kotor.
“Itu, sepatutnya you tanya pada buah hati you tuh!” Bentak Adham Mukhriz seraya menghalakan jari telunjuknya ke arah Zaryl Iskandar.
“Ini urusan aku dengan dia, kau jangan nak masuk campur, Tasneem!”
“Sayang… janganlah macam ni…” Pujuk Tasneem. Jemari runcingnya hinggap di dada bidang Zaryl Iskandar.
Zaryl Iskandar mencerlun tajam.
“Aku bukan sayang kau… I’m married! Ini, wife aku…” Ujar Zaryl Iskandar, tenang. “Dan kau, aku tak izinkan kau sentuh isteri aku lagi!”
Adham Mukhriz senyum sinis. Tasneem melopong. Hampir pengsan mendengar pengakuan Zaryl Iskandar. Namun lelaki itu tak peduli.
Zaryl Iskandar segera menarik Nurin Aurelia ke kereta yang diparkir tak jauh dari situ.
^^^^^^
“Berhenti!” Bentak Nurin Aurelia, garang.
“Kita balik ya…” Zaryl Iskandar cuba memujuk. Dia tahu, Nurin Aurelia mula confuse dengan perasaan sendiri. Dia kelihatan masih terkejut.
“Aku kata berhenti sekarang!”
Zaryl Iskandar terdiam. Ini kalau dah mula aku-kau ni, memang marah betul ni. Memang tahap bahaya maksima ni!
Zaryl Iskandar segera memberhentikan keretanya dibahu jalan. Kalau bukan Nurin Aurelia mengugut mahu membuka pintu kereta tersebut, tak adalah dia terpaksa memberhentikan kereta tika itu.
Nurin Aurelia segera keluar dari kereta. Laju dia melarikan diri. Saat ini, dia tak mampu nak memandang wajah Zaryl Iskandar lagi. Perasaannya serasa dirobek. Serasa hatinya dipotong-potong. Air mata berjuraian diseka laju dengan lengannya.
Zaryl Iskandar segera mendapatkan Nurin Aurelia yang semakin jauh meninggalkan. Dia bimbang akan ketekadan gadis itu. Dia kenal Nurin Aurelia orang yang bagaimana. Ditarik Nurin Aurelia menghadapnya.
“Nurin… saya mintak maaf… Saya…”
“Pergi! Saya tak nak tengok muka awak sekarang!” Bentak Nurin Aurelia, geram. Aira mata mula menitis laju dipipinya.
“Look! I’m truly sorry, dear…”
“I’m not even care! Go away!” Nurin Aurelia merentap kasar lengannya.
“Saya cuma nak pastikan…”
Nurin Aurelia mencerlun tajam.
“Pastikan apa? Untuk puaskan hati kau? So, sekarang kau dah puas? Dah puas? Tak ke kau rasa kau terlalu pentingkan diri sendiri?! Aku benci kau, Zaryl! Kau kejam… kejam!”
“Sabar Zaryl… Sabar!” Zaryl Iskandar sedaya upaya menenangkan diri. Cuba untuk bersabar.
Zaryl Iskandar segera memegang kedua bahu Nurin Aurelia, memaksa gadis itu menghadapnya. “Look! I need to do this… I must do it!”
“Kenapa? Supaya kau boleh ketawakan aku? Itu yang kau nak, kan?”
“Sumpah, demi Allah. Tak pernah terlintas di hati saya nak malukan awak. Saya cuma nak…”
“Kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau sanggup sakitkan hati aku?” Duga Nurin Aurelia. Suaranya mula berubah, serentak dengan lajunya air mata yang mengalir di pipinya.
“I just want to know, your feeling towards him. That’s all.”
“Ada beza ke kalau aku masih suka dia atau tak? Everything will remains the same! Nothing’s going to change! This fake marriage is done, anyway!”
“Ada!”
“Apa dia?!” Bentak Nurin Aurelia, geram. Aku serius, dia main-main!
“I’ll have a chance to love you. I want to love you, unconditionally…”
Nurin Aurelia terpempan! Lain yang diharap, lain pulak yang terjadi. Lagi bertambah debarnya. Pasang mata menggoda itu merenungnya dalam.
“Sumpah! Demi Allah… saya dah jatuh sayang pada awak. Hanya Tuhan yang tahu, betapa saya cintakan awak… dan bila saya tahu, dia ke mari untuk rampas awak kembali dari saya, saya jadi tak tentu arah. I’m afraid of losing you… that’s why I’m doing this.”
Nurin Aurelia mendengus kasar. Boleh pulak dia luah perasaan sekarang? Kan dah kelam kabut, aku nak control perasaan ni! Ini yang aku nak buat-buat pengsan ni!
“Diam!” Luah Nurin Aurelia sepatah. Tak pasal-pasal wajahnya memerah.
Zaryl Iskandar terpana. Aik, luah perasaan pun salah ke?
Nurin Aurelia mencebik geram. Lengan Zaryl Iskandar ditampar lembut. Lelaki ini memanglah, buat aku malu aje!
“Tapi siapa Tasneem?”
Zaryl Iskandar senyum meleret. Nampak kedua-dua lesung pipitnya timbul. Ah, handsome betul laki aku!
“Bukan sesiapa.”
“Mana boleh bukan sesiapa? Dia pun manusia!” Bentak Nurin Aurelia lagi.
“Iyalah. Saya tak cakap pun dia kambing.”
Nurin Aurelia mencebik. Lagi loyar buruk.
“Saya nampak awak bukan main mesra lagi dengan dia…?”
“Awak jealous ya? Awak suka saya jugak kan?”
“Tak kuasa!”
Zaryl Iskandar mencebik. Dah memang itu modalnya kalau nak mengelak. Tak apalah…layankan ajelah…
“Kalau tak, tak mungkin awak pandang saya macam nak telan hidup-hidup.”
“Saya nak balik.” Nurin Aurelia segera menyelamatkan diri.
“Dah, kita balik. Jangan marah-marah lagi ya, sayang…”
Zaryl Iskandar senyum. Dah reda lah tu marahnya. Tadi bukan main berapi. Bila cakap I love you aje, terus jadi sejuk. Kalau macam ni, hari-hari kena cakap I love you lah gamaknya!
Tapi malu jugak bila dah mengaku sayang… Mana nak sorok muka ni? Alahai…
^^^^^^
Tasneem mendengus kasar. Wajah bersahaja Adham Mukhriz buat dirinya sesak. Pertanyaan demi pertanyaan dilemparkan, namun satu pun tidak berjawab. Lelaki itu lebih gemar berdiam diri. Sebatang rokok dinyalakan. Adham Mukhriz selesa bersandar di bangku, menghadap kolam renang tersebut. Langsung tak dipedulikan Tasneem yang berdiri di hadapannya.
“You pekak ke hah? I tanya you ni! Betul ke Zaryl dah kahwin dengan betina tuh?!” suara Tasneem memetir. Adham Mukhriz melakar senyum sinis.
“Hei perempuan! You jaga sikit mulut tu! Dia perempuan baik, bukan betina sundal macam you!”
Tasneem melopong, lantas senyum sinis.
“You cakap I betina sundal? You memang berani!”
“You deserve that call.”
“You jangan nak uji kesabaran I!” Tasneem mendekat. Leher kemeja Adham Mukhriz dicekak kasar. “I tak pernah gagal dapatkan apa yang I nak. Dan dia… bukanlah lawan I, faham?!”
Adham Mukhriz bingkas bangun, lantas membuang punting rokoknya ke lantai. Sisa asap rokok dihembuskan ke wajah Tasneem yang nyata hampir dengannya. Tasneem pantas mengelak. Benci dengan sikap selamba lelaki itu. Tangan yang tadinya erat mencekak, sedikit longgar.
“Pity you… cinta bertepuk sebelah tangan, I guess.”
“What???” Tasneem makin menyinga. Handal betul lelaki ini main psikologi. Namun tak dinafikan, tekaan itu benar seratus peratus. Dia tak pernah gagal mendapatkan apa yang dia nak, kecuali satu. Dan yang satu itulah, Zaryl Iskandar!
“If I am, then…what about you? We’re on the same boat, I guess. I can tell by seeing all those fake reactions.”
“I’m not at denying.”
Tasneem ketawa sinis. Seri. Masing-masing tewas dalam pertandingan masing-masing. Gagal merebut cinta orang yang diinginkan.
“Kalau you nak cakap I teruk, you tu apa kurangnya? You ada benda yang you nak, I pun sama. Bukankah lebih baik kalau kita bekerjasama? I dapat memiliki lelaki yang I cinta, and same thing goes to you, dear…” Bisik Tasneem ke telinga Adham Mukhriz.
Adham Mukhriz sedikit berundur. Lantas berdiri berpeluk tubuh. Tasneem bukan calang-calang orang. Orang yang tegar melakukan segalanya untuk memuaskan hati sendiri!
“Bukan cinta yang I cari, tapi kepuasan…” Bisik Adham Mukhriz, penuh makna.
Tasneem mengerutkan keningnya. Jadi, dia tak pernah cintakan perempuan itu? Apa yang lelaki itu mahukan sebenarnya?
“You tak cintakan Zaryl, tapi you cuma nak memiliki dia… Am I right?”
Tasneem diam. Hatinya sendiri tak pasti, apa dia benar-benar suka, atau sekadar mahu memiliki lelaki itu. Lama dia diam…
“Tak! I memang cintakan Zaryl… dari dulu sampai sekarang… I tak boleh terima dia dengan perempuan lain…”
“And sebab tu lah you tergamak putuskan hubungan dia dengan Maira, bukan?”
Tasneem melopong. Sampai ke tahap itu, Adham Mukhriz tahu akan perihalnya.
“Well, tak sangka you sukakan I sampai sanggup jadi stalker I?” Giliran Tasneem menyindir.
Adham Mukhriz senyum lagi.
“Jangan nak perasan. I tak ada masa nak buat semua tu! I cuma nak you tahu, yang I tahu siapa you yang sebenarnya! And I nak bagi you warning, jangan cuba-cuba nak sentuh Nurin, kalau you tak nak rasa mati sia-sia…” Adham Mukhriz memberi amaran.
Tasneem mencebik. Main ugut-ugut pulak!
“So, her name is Nurin?”
Adham Mukhriz tak menjawab.
“And kalau you suka sangat kat dia, kenapa you tak cuba nak tackle dia, pisahkan dia dari Zaryl, supaya I boleh miliki Zaryl? You dapat Nurin, I dapat Zaryl. Fair and square!”
“Bukan itu cadangan I… I ada rancangan yang lebih baik dari itu! I nak Zaryl menderita… I nak Zaryl rasa apa yang I rasa!”
“Hei! Sebagaimana you tak suka I sentuh Nurin, that’s the way you act too! I don’t appreciate for you to lay your fingers on him!” Ujar Tasneem separuh menjerit.
“Kalau I sentuh dia jugak?”
“You memang cari pasal dengan I, Am!”
“Suka hati I lah! Itu semua tak ada kena mengena dengan you!”
“Of course ada kena mengena! Zaryl tu, buah hati I! You jangan pandai-pandai nak kenakan dia! Langkah mayat I dulu kalau you nak sentuh dia!”
Cewah! Eksyennya dia! Adham Mukhriz menggeleng.
“I tahu you sayangkan dia, but sayang sekali, Zaryl tak nampak sayang itu… and mari sini, I’d like to give you some advices. You tak payah nak berharap, Zaryl tak akan pernah terima you! Kalau tidak, semestinya you dah lama miliki dia lepas dia kehilangan Maira. But can you see it now? Betapa dia tak perlukan you? Stop being ridiculous, you look so annoying!”
Tasneem mendengus kasar. Geram.
“I’m not even care! Lagipun sayang itu boleh dipupuk. I pasti lambat laun, dia akan terima I.”
“What if it’s not going to happen?”
“Then you should know, what I’m suppose to do. Aren’t you?”
“You jangan nak main taktik kotor lagi, Tasneem.”
“Jangan nak kutuk I, Am! You pun sama, you pun nak rampas Nurin dari Zaryl kan? Mustahillah Zaryl akan berputih mata aje benarkan you bertindak sesuka hati you!”
“Wait… wait… Don’t get me wrong! I bukan nak sangat miliki Nurin, I just nak jauhkan dia dari Zaryl , supaya lelaki itu menderita. Biar dia rasa apa rasanya kehilangan!”
Tasneem mendengus. “I takkan biarkan you dekati dia, Am!”
“Jangan terlalu yakin, Cik Tasneem! Sebagaimana you yakin tak ada orang yang boleh halang you dari mendapat apa yang you inginkan, begitu juga I!”
“Am…” Laungan dari seseorang berjaya menghentikan tikam lidah antara keduanya.
Tasneem segera berpaling ke arah datangnya bunyi tersebut.
“Akif…” Bisik Tasneem.
“Kau orang berdua buat apa kat sini?” Soal Akif.
Tasneem diam. Tak tahu nak cakap apa. Adham Mukhriz pula kelihatan selamba.
“Tak ada apa, Kif. Kami tengah discuss sikit, pasal…”
“Pasal projek kat JB nanti…” Tiba-tiba Tasneem menyampuk. Adham Mukhriz sedikit lega.
“Wah, Tasneem! Ada improvement! Memang tak sia-sia Datuk pilih you jadi MD. Tapi kenapa bincang kat luar? Kenapa tak dekat dalam?”
“Erm biasa aje, Akif… kat sini lebih privacy…” Balas Tasneem, tenang. Sesekali dijeling Adham Mukhriz tajam.
“Oh… By the way, projek tuh masih dalam proses tendering and documentation lagi. Belum confirm hundred percent.”
“Kau pulak, buat apa kat sini?” Soal Adham Mukhriz pada Akif.
“Aku baru aje sampai. Aku cari Zaryl kat dalam, tapi tak jumpa. Ada nampak dia ke?”
Tasneem diam. Begitu juga Adham Mukhriz. Tak tahu nak jawab apa. Takkanlah nak jawab, ‘dia ada datang tadi, tapi kami bergaduh, dan dia terus balik’?
“I’m not sure. Tak nampak juga dia dari tadi.”
“Tak apa lah kalau macam tu, aku masuk dulu…”
Tak lama, kelibat Akif menghilang ke dalam dewan.
“You ingat, jangan berani-berani kenakan Zaryl! Kalau tidak, I tak akan lepaskan you, Am!”
Tasneem segera beredar dari situ. Adham Mukhriz senyum sinis. Permainan semakin menarik.
^^^^^^
P/s: blog updated! terima kaseh semua.. muchos <3
Selamat membaca..(:

