Jun 1, 2012

Sambungan cerita lama...



Bab berapa entah...

********************************

“Kenapa awak bertegas sangat nak jodohkan Shah dengan Suraya? Kan awak dah tahu yang Shah tak sukakan Suraya, kenapa nak paksa-paksa?” Pujuk Datuk Shukor, lembut. Mahu memujuk, perlu ada cara.Bukan main redah saja. Kalau tidak, silap hari bulan, makin teruk jadinya.
“Saya tahu apa yang saya buat, bang. Saya buat semua tu demi kebaikan Shah juga. Saya tak yakin kalau dia cari sendiri jodohnya. Tengok saja budak Maisara yang siang malam dia puja. Bukan betul-betul sukakan Shah. Cuma nak kikis harta kita saja bang!” Bentak Datin Maziah.
“Astagfirullah. Mana awak tahu semua ni? Awak tahu tak, fitnah tu, dosanya lebih besar dari membunuh...”
Datin Maziah bangun menuju ke tingkap, lantas membuang pandangan.Datuk Shukor masih duduk dibirai katil.
“Kan saya dah cakap kat abang, lepas saja saya bagi duit kat budak Maisara tuh, terus dia tinggalkan Shah. Nampak sangat yang dia memang gilakan duit kita, bukannya cintakan sangat Shah tu. Yang Shah punyalah cinta separuh mati, sanggup tak makan minum, cari perempuan tu siang malam. Saya tak faham betul. Entah-entah anak kita dah ‘terkena’ buatan kot , bang. Kita bawa jumpa bomoh ye bang?”
“Hish... awak ni, percaya benda-benda karut macam tu. Syirik tahu!” Bidas Datuk Shukor.
“Kalau betul, macam mana bang? Saya emak dia, saya bimbangkan dia.” Luah Datin Maziah. Datuk Shukor beristighfar panjang.
“Sudahlah Yah, abang dah nak tidur. Kalau dilayan bimbang awak tu, alamaknya tak tidurlah saya malam ni.” Seloroh Datuk Shukor seraya ke bilik air untuk berwudhuk.
Datin Maziah mencebik. Masih tidak puas hati. Pokok pangkalnya dia harus berjaya menjodohkan Shahredza dengan Suraya. Kalau tidak, malu dia mahu bertemu muka dengan Tengku Fauziah, bakal besannya.

***************************************
Armand Shahredza bersandar penat di kerusi. Letihnya melayan sandiwara Suraya, anak Tan Sri Salleh. Di depan, bukan main baik dan sopan, tetapi di belakang, hantu pun kalah! Sayang, mama belum kenal benar siapa Suraya yang sebenarnya. Topeng hipokrit Suraya ternyata memainkan peranan dengan bagus sekali.
“Sayang, fesyen baju I dah out of date. Jom temankan I pergi shopping.”
“Sayang, cantik tak kasut ni? How do I lookAm I look sexy enoughdarling?”
Kejap sayang itu, kejap sayang ini. Kejap nanti lain pula ceritanya. Ah, dia rimas, sumpah! Semalam saja, sudah lima shopping mall diterjah mereka. Penat tak terkata. Dan hari ini, Suraya merengek minta ditemani ke butik, melihat pakaian untuk majlis pertunangan.
Kalau bukan diugut mamanya mahu membekukan semua keperluannya dan tinggal sehelai sepinggan, belum tentu dia mahu mendampingi gadis itu. Tambah berat apabila ibunya mendesak agar mengahwini Suraya dalam tempoh terdekat, sebelum ibubapanya bertolak ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
“Suraya. Suraya. Suraya.” Nama itu meniti dibibirnya berkali-kali. Dahinya dipicit berkali-kali. Pening betul nak melayan minah melayu yang dah tak serupa melayu itu.
Ada apa dengan Suraya? Entah apa yang merasuk ibunya, mahu menjodohkan dirinya dengan Suraya. Padahal semua sudah sedia maklum. Dia tak cintakan Suraya. Cuma Suraya yang terhegeh-hegeh dan tergila-gilakan dirinya. Itu pun dia tahu. Suraya bukan mencintainya, tapi sekadar mahu memilikinya. Ah, anak orang kaya lagi manja, yang segala permintaannya dituruti. Lagi ditolak, lagi merasa diri tercabar.
Siapa tak kenal Suraya? Lelaki mana yang tak pernah berdamping dengannya? Semua disapunya. Tak kira hitam putih, melayu ke mat salih .Kalau dihimpunkan bekas teman lelakinya, cukup untuk menganjurkan sukan olimpik! Tak terkira! Tapi Suraya tak pernah puas. Ada sahaja yang terlihat jelek dipandangannya.
Kalau sahaja sekarang bisa begini, bayangkan kalau sudah menjadi suami isteri?Mahunya hari-hari bergaduh.
“Minggu depan, pertunangan Shah dan Suraya akan tetap berjalan seperti yang dirancang. No excuse! Jangan pernah cuba nak malukan mama.” Kata-kata mama yang berbaur ugutan itu berputar ligat dipemikirannya. Dia buntu.
Membayangkan Suraya sebagai teman hidupnya ternyata mimpi ngeri! Ini tak boleh jadi. Ya, dia harus lari!
Butang intercom diatas meja ditekan.
“Fatin, confirmkan flight saya ke Bali. Minggu depan.”
“Baik Tuan.”
“Dan jangan lupa, ini adalah rahsia.”
“Baik Tuan.”

Dia lega. Sekurang-kurangnya, dia sudah ada perancangan sendiri. Mama, maafkan Shah. Shah 

***************************************
Bab seterusnya...

Bergegar satu rumah apabila Datin Maziah mengamuk sakan. Apa tidaknya, Shahredza hilang! Sudahlah majlis pertunangan itu bakal berlangsung tak kurang dari 24 jam.
“Anak bertuah! Berani dia menconteng arang ke muka mamanya?” Pekik Datin Maziah. 
"Sabar ma! Bawa mengucap..." Zarul Haziq bingkas bangun, cuba menenangkan datin Maziah.
“Telefon secretary dia. Tanya Shah ke mana!” Arah Zarul Haziq. 
Terkocoh-kocoh Hanim Syuhadah membuat panggilan. Nazreen Amsyar hanya berteleku di sofa, diam seribu bahasa.
“Fatin, habislah! Mama I dah mengamuk sakan. You tahu tak ke mana Shah menghilang?” Soal Hanim Syuhadah, penuh harapan.
Fatin yang berada di hujung talian teragak-agak untuk menjawab. Apatah lagi, dia diberi arahan untuk menyembunyikan perkara itu dari sesiapa pun.
“Tolonglah Fatin. Mama I tu tak boleh dibawa berbincang. Silap hari bulan, dengan you sekali dapat masalah. Just tell us... Shah ke mana. Nanti kalau ada apa-apa masalah dengan Shah, we can discuss laterNow, I need to now...where is he?” Pujuk Hanim Syuhadah lagi.
“Sebenarnya, Tuan Shah dah berangkat ke Bali, flight tengahari tadi.” Jawab Fatin, takut-takut. Berbanding dimarahi Datin Maziah, lebih baik dia beralah.
"Bali? Seriouslly?" Hampir terkeluar biji mata Hanim Syuhadah. Apatah lagi tatkala pasang matanya terpandang renungan tajam mamanya. Ini memang sengaja cari nahas si Shah ni!
Thanks Fatin. Don't worry. Kalau Shah tanya nanti, I tolong back up you.”

“Apa? Bali? Dasar anak tak tahu dek untung!” Datin Maziah hampir tersembam ke lantai. Hampir pengsan dia mendengar berita itu. Zarul Haziq segera menyambut mamanya dari jatuh menyembah ke lantai.
"Sabar Yah..." Pujuk Datuk Shukor.
Hanim Syuhadah segera mendapatkan mamanya yang sudah terjelepuk di sofa.
“Mama! Mama tak apa-apa ke?” 
‘Boleh pula kau buat kerja bodoh begini, Shah!’ Marah Zarul dalam hatinya.
“Zarul, it is your job to bring him back. Cari Shah sampai dapat. Jangan sesekali balik tanpa dia.” Datuk Shukor memberi arahan.
Zarul menurut. Nak tak nak, bumi Bali terpaksa dijejaknya, dan Shahredza harus dibawa pulang. Sesegera yang mungkin. Sebelum mamanya bertambah amuk.
“Mana Yah nak letak muka ni? Malu Yah ni bang! Apa kata jiran-jiran kita nanti bang? Apa kata bakal besan kita nanti bang? Yah malu... Malu!” Datin Maziah meraup wajahnya dengan penuh rasa sesal di dada. 
Datuk Shukor memeluk isterinya dengan penuh kasih sayang.
"Awak sabarlah... Nanti baliklah budak tu... Itulah awak, berkeras sangat paksa budak tu, kan dia dah buat hal..."
Dia sebenarnya tidak bersetuju dengan cadangan isterinya untuk menjodohkan Shahredza dengan Suraya, namun tidak pula pada pandangannya, tindakan Shahredza itu betul.Mak dengan anak sama naik, dua-dua keras kepala.Padanlah semuanya jadi huru-hara!

***************************************
Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menampar laju pipinya. Shahredza bersandar di kerusi malas. Lautan luas terbentang saat dia membukakan mata. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Ah, Pulau Perhentian ternyata lebih cantik dari yang pernah dibayangkannya.
Pasti keluarga Datuk Shukor dan Datin Maziah kecoh akan peristiwa kehilangannya. Memang Shahredza sengaja menempah tiket ke Bali  tempoh hari. Dan itu sekadar tricknya untuk mengelakkan diri dari dijejaki. Dia pasti mamanya akan ikut menyusul ke sana. Padahal, dia ke Terengganu!
Shahredza ketawa. Telefon bimbitnya dimatikan. Pasti tiada seorang pun yang dapat menjejakinya. Ah, leganya. Tiada lagi leteran mamanya, dan tiada lagi Suraya yang cerewet. Oh, bahagianya!
“Encik, ini minuman yang encik pesan.” Baru sahaja dia mahu meletakkan gelas berisi jus tembikai, Hani tersadung kakinya di akar pohon yang timbul. Lalu tanpa sengaja, jus tembikai yang ditatangnya tertumpah mengenai lelaki itu!
Hani kaget. Entah mengapa, malang sungguh nasibnya hari ini. Pagi tadi, teruk dia dileteri kerana salah menghantar makanan ke bilik tetamu, dan baru sebentar tadi pinggan-pinggan kotor yang nak dibawa ke dapur jatuh terburai, disebabkan seorang lelaki yang berjalan tak pandang depan, dan kali ini...
“Hei, you ni buta ke apa?” Marah Shahredza. Manakan tidak, baru sahaja dia mahu bersuka ria, tiba-tiba bermandi jus tembikai pula. Memang sengaja cari masalah.
Hani Yasmin terdiam. Aduh, bala dah datang. Ini kalau bos tahu, mati aku kena buang kerja!
“Ma…maafkan saya. Saya tak sengaja encik!” Tangannya pantas mencapai tuala kecil dari kocek apron yang dipakainya, meraba-raba mahu mengesat cecair yang tumpah ke atas baju lelaki tersebut.
Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja dia mendapat idea untuk berlagak seperti orang buta.
“Buta ke?” Bisik Shahredza sendiri, tetapi masih mampu ditangkap oleh  Hani Yasmin . Mahu saja dia tergelak, namun sedaya upaya ditahannnya.
           Shahredza kurang yakin. Tangan kanannya dilayangkan berkali-kali di hadapan gadis itu. Tiada sebarang reaksi.
"Patutlah... Memang buta." 
Hani Yasmin mahu ketawa semahunya, namun ditahan juga. Kalau kantoi, lagi teruk rasanya. Bertahan! Namun, apakah lelaki itu begitu bodoh sehingga dapat ditipu dengan mudahnya? Atau lakonannya yang sememangnya mantap?
“Maafkan saya encik. Saya ni OKU, hidup sebatang kara, anak yatim piatu pulak tu. Hanya ini sajalah punca rezeki saya encik. Janganlah saman saya encik.” 
Shahredza tergelak kecil. Geli hati. Kasihan pun ada. Muka dah cantik, tapi sayang, buta! Ada pula logiknya aku nak saman? Setakat masalah kecil macam ni, tak berbaloi nak upah lawyer. Karpal Singh pun menangis kalau aku failkan kes macam ni.
            “Encik, maafkan saya ya?” Tanya Hani Yasmin lagi. Tangannya dibuat meraba-raba lagi. Alah, lakonan mesti kena real punya!
            “Nevermind.” Ujar Shahredza, pantas menepis tangan Hani Yasmin yang sibuk membersihkan kotoran yang melekat dibajunya. 


Shahredza bingkas bangun. Aduh, habis kotor semua! Tangannya ligat menyapu sisa-sisa tembikai yang tak habis terkisar dari bajunya sambil bibirnya terkumat kamit membebel.
            Hani Yasmin memandang perbuatan lelaki itu dengan geram. Konon tak kisah, tapi mulut dok terkumat-kamit membebel! Dah macam bomoh siam dok menyantau orang. Ah, dia tak marah pun dah kira bagus. Tak lama kemudian, bayangan lelaki itu menghilang.
            "Fuh, selamat!" Farahani menghela nafas panjang. Kembali dikutip gelas bersama dulang yang tercampak dari pegangannya tadi.
            “Erm...” Hani Yasmin tersentak. Aduh, dia datang balik sini ke?
“Ya encik?”  Hani Yasmin buat-buat pandang ke arah lain. Lelaki itu disebelah kiri, namun dia buat-buat pandang ke sebelah kanan. Lakonan semata-mata.
“Ini, sumbangan ikhlas dari I.” Sekeping not seratus ringgit diselit ke dalam poket apron yang dipakainya.  Hani Yasmin terkesima. Ini bukanlah niatnya.
Baru dia mahu berterima kasih, lelaki itu sudah berlalu pergi.
Not seratus ringgit itu dikeluarkan. Semacam tak percaya. Ini memang duit asli. Duit baru, siap bau bank lagi. Rasa bersalah ditolak ke tepi. Bukan dia yang minta, lelaki itu yang memberi. Farahani tersenyum. Inilah namanya rezeki! Alhamdulillah!

            ***************************************
            Bergegar satu bangunan pejabat dengan pekikan Suraya Tan Sri Salleh. Siapa tak kenal dengan lady boss yang garang lagi biadap itu. Rata-rata pekerjanya langsung tidak menyukainya, hanya menghormatinya sebagai bos semata. Kalaulah bukan kerana dia adalah cucu kepada Pengerusi Khazanah Holding Sdn.Bhd, mereka pun malas nak beri muka.
            “Geramnya aku!” Tempik Suraya sekuat hati. Fail-fail yang bersusun kemas diatas mejanya, habis dicampak ke bawah.Kertas-kertas bertaburan di lantai.Dibaling segala benda yang tercapai dek tangannya.
            Wati, setiausaha peribadinya segera menerpa masuk.
            “Cik Suraya tak apa-apa?”
            “Siapa suruh kau masuk hah?” Tengkingan dihambur pada Wati yang terjongos di pintu.
            “Maaf Cik Suraya.” Dengan rasa menyampah, Wati kembali menutup pintu bilik Suraya. Untung sahaja Suraya itu bos, dia cuma kuli. Kalau tidak, dah lama telan high heels!
Suraya mengetap bibir. Nafasnya turun naik. Shahredza benar-benar membakar amarahnya kali ini!
“Berani kau tolak aku Shah? Tunggu, jangan ingat aku akan berdiam diri saja!” Tangannya dihempas ke meja. Sungguh dia merasa terhina dengan perbuatan Shahredza. Dia bukan orangnya untuk menerima penghinaan sedemikian rupa!
            Kemana Shahredza menghilang? Suraya berteka-teki. Beberapa hari lepas dia turut berangkat ke Bali. Namun Shahredza tiada di sana. Dan melalui kenalan mamanya, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu masih berada di Malaysia. Memang ada rekod tiket penerbangan ke Bali yang ditempah atas nama lelaki itu, namun tiada rekod penerbangan yang menunjukkan Shahredza telah meninggalkan Malaysia pada hari kejadian.
           Jari-jemarinya yang runcing dikepal. Amarahnya memuncak. Ah, kemana sekalipun lelaki itu pergi, pasti akan dapat dia jejaki!


"Kau tunggu sahajalah Shah! Ini Suraya! Kau tak akan pernah terlepas dari genggaman aku!" Ujar Suraya separuh menjerit. Dia bingkas bangun,  handbag jenama LV yang tersangkut terus dicapai. 
***************************************
“Bos kau dah kemana hah!” Tengkingan itu membuatkan Fatin tersentak. Terus hilang konsentrasinya pada kerja, seluruh pandangannya dihalakan ke arah Suraya, singa betina yang sedang mengamuk itu.
“Maaf Cik Suraya. Saya tidak tahu. Saya cuma diarah Tuan Shah untuk menempah tiket penerbangan ke Bali.”
“Kau dengan bos kau, sama sahaja! Memang tak guna! Kaki penipu!” Bentak Suraya. Wajah Fatin direnung tajam. Tanda memberi amaran.
“Kalau kau tipu aku, nahas kau! Aku akan pastikan kau tak akan tenang!” Ujar Suraya, lantas meninggalkan pejabat Shahredza. Amarahnya makin menggila.
“Kau tak apa-apa?” Tanya Maria.
Fatin terdiam. Kata-kata Suraya memang jelas terdengar sebagai ugutan ditelinganya. Ah, perempuan gila itu, tak akan pernah teragak-agak. Namun, dia harus bagaimana? Lari? Inilah kejadahnya, protect the boss lah sangat... alih-alih, diri sendiri yang jadi mangsa! Bertuah punya bos! Kerana Shahredza lah semuanya jadi kacau bilau.


            ***************************************

Bab seterusnya...

Fikri mengerut kening. Pertanyaan lelaki asing itu sedikit menghairankan.
Sorry encik. Rasanya encik dah tersilap orang. Di restoran kami, tak ada seorang pun pekerja yang buta.” Terang Fikri dengan penuh yakin.
Shahredza tambah hairan. Apakah lelaki ini sengaja berkata demikian kerana bimbang dia akan berleter panjang? Ah, pelik ni. Padahal dia cuma mahu bertanyakan sesuatu. Semalam, dia secara tidak sengaja tercicirkan jam tangan Grand Carrera RS2nya berhampiran tempat kejadian. Dan mungkin sahaja gadis itu ada menjumpai dan menyimpannya, dia kira dia harus cuba bertanya. Manalah tahu, ada rezekinya, jam itu masih ada.
Shahredza mula bercerita panjang lebar akan insiden yang melibatkan dirinya semalam.
“Oh, macam tu. Saya minta maaf andai kata betul kesalahan itu dari pihak saya. Saya akan cuba memastikan apa yang dah berlaku sebenarnya.” Ujar Fikri dengan nada tegas. 
Just so you know... I have lost something precious..." Belum sempat Shahredza menjelaskan, Fikri segera menyampuk.
“Alahai encik. Jangan cakap orang putih dengan saya. Bahasa Inggeris saya masa SPM dulu, cukup-cukup makan saja encik..." Loyar buruk pula orang yang bernama Fikri ini. Nampak saja serius.
"Oh... I sebenarnya nak tanya dia kalau-kalau dia ada terjumpa... erm...
"Maaf encik. Saya bukan tak nak tolong, tapi betul encik, restoren kami memang tak ada pekerja buta macam yang encik cakap tu.” Tambah Fikri cuba meyakinkan.
Shahredza mengeluh kecil. 
"Nevermind. Terima kasih." Ujar Shahredza, seraya berlalu. Namun baru beberapa langkah, dia berhenti.
"Encik!" Panggil Shahredza. Fikri yang sudah duduk di kaunter bayaran segera berpaling. Segera Shahredza mendapatkan Haikal. Walletnya dicapai.
"My business cardIn case you jumpa dengan orang yang I maksudkan itu, just give me a call."
Yes boss!” Balas Fikri pendek bersama senyuman.
 Laju kakinya melangkah, menuju ke tepian pantai. Namun langkahnya tiba-tiba terhenti tatkala terpandangkan seseorang. Dari bukaan matanya yang luas itu, dia dapat menangkap bayangan orang yang dicarinya. Ya! Gadis buta itu! Tapi... 
Terlihat dek pandangannya, gadis itu sedang mengemaskan meja yang bersepah. Sisa-sisa makanan di atas meja disapu cermat. Pinggan mangkuk yang kotor dimasukkan ke dalam besen untuk dibasuh. 
Shahredza tidak berpuas hati. Ada sesuatu yang pelik pada pandangannya. Segera dia menghampiri Fikri sekali lagi.
“Encik Fikri.” Panggil Shahredza kuat.
"Alahai encik ni. Kuatnya menjerit. Kalah tarzan. Ada apa encik?" Loyar buruk si Fikri makin jelas. Tersengih-sengih, dah macam Shuib Sepah saja sekali pandang.
Shahredza mencebik.
“Itu dia.” Fikri segera membuang pandang ke arah yang ditunjukkan.
“Oh, kalau itu, memang pekerja kami. Tapi dia bukanlah buta macam yang encik cakap tu.” Balas Fikri. 
Oh I see...” Kes menipu lah ni ya?
"Encik kenal dia ke?" Tanya Fikri, sedikit curious.
Shahredza tidak menjawab. Laju kakinya diangkat mendekati Hani Yasmin.

***************************************

Alahai... kena tipu rupanya? Shahredza ketap bibir. Tiba-tiba terasa suhu badannya naik mendadak. Dia berjalan mendekati gadis yang sedang leka melakukan tugasnya. Dengan sengaja, dia menolak badan Hani Yasmin yang sedang mengangkat besen berisi pinggan kotor. Tertolak sedikit gadis itu ke tepi, namun apa yang kurang bagusnya...besen berisi pinggan kotor itu jatuh ke tanah. Habis berterabur sisa makanan bersama pinggan mangkuk yang kotor itu.
"Hei! Buta ke?" Marah Hani Yasmin. 
Shahredza berpura-pura tak mendengarnya, terus berlalu pergi. Namun terasa lengannya ditarik kasar.
"Hei! Selamba aje awak langgar saya, lepas tu buat-buat..."
"Eh! Bila masa I langgar you? You nampak ke? Tak nampak kan? You kan... BUTA!"
Hani Yasmin terdiam. Alamak! Macam mana boleh tak perasan mamat ni! Masaklah aku kena ganyang!
"Kenapa diam? Dah kena jahit ke mulut tu? Tadi bukan main, macam bertih jagung kena goreng."
"Saya tak ada masa nak layan awak!" Hani yasmin segera menunduk, mengutip kembali pinggan yang bertaburan.
“I pun tak ada masa nak layan you lah! I datang nak tanya you, you ada nampak jam I? Tercicir masa you siram I dengan jus tembikai semalam.”
Hani Yasmin mengetap bibir. Sengaja mamat ni dok sindir-sindir ni. Aku baling dengan pinggan baru tau!
"Jadi awak tuduh saya ambil jam awaklah ni?"
Shahredza senyum. 
"I bukan tuduh, okay. I TANYA. Yang you nak terasa ni kenapa? Anyway, kalau betul you buta, tak adalah I nak syak you bukan-bukan. Tapi sekarang... payah nak cakaplah. Sebab you sebenarnya tak buta, cuma berlakon aje! Mungkin saja you dah ambil jam tu, manalah tahu kan..."
"Eh! Mulut awak tak ada insurans eh? Suka-suka hati awak aje tuduh saya macam ni kan!" Hambur Hani Yasmin kuat sehingga menarik perhatian beberapa orang awam yang berada disitu. 
Dari jauh kelihatan Fikri berlari mendekati mereka berdua.
"Kenapa ni encik...?" Soal Fikri, sedikit menggelabah.
"Dia ni hah Fik! Sewel!" Marah Hani Yasmin.
"Siapa yang sewel? You ke I? I tanya you elok-elok, yang you nak emo-emo pula kenapa?" Bidas Shahredza.
Hani Yasmin mengetap bibir. Payahlah cakap dengan manusia dua alam ni!
"Awak tuduh saya yang bukan-bukan, lepas tu awak cakap saya emo tak tentu pasal!"
Fikri sudah menggeleng kepala. Malik dan Haikal sudah terjenguk-jenguk dari dapur. 
"Bawa bertenang encik... Hani..." Pujuk Fikri.
"Iyalah! You ni bukan boleh percaya sangat. Kuat menipu... Dahlah tipu I, tipu duit I jugak!” Balas Shahredza.
            Tipu duit? Hani Yasmin ketap bibir. Ini dah melampau ni! 
            “Saya tak minta pun duit awak ya! Awak yang sibuk-sibuk nak bagi. Saya terima ajelah. Dah orang kata rezeki jangan ditolak.” Selamba pula Hani Yasmin menjawab. 
“I bagi pada si buta. Bukan si celik yang pandai berbohong dan menipu! Your parents tak ajar ke yang menipu ni berdosa?” 
            Mak ayah? Tak ajar? Bila diungkit sahaja soal mak ayah, Hani Yasmin jadi berang. Berani kau kutuk-kutuk parents aku! Biar dia tak pernah tahu siapa ibubapanya, tapi dia yakin, mereka adalah orang yang baik-baik.
            “Hei encik tembikai! Awak jangan pandai-pandai nak libatkan mak ayah saya. Diorang tak salah apa pun dengan awak! Saya yang salah. Jadi salahkan saya, jangan nak libatkan orang yang tak ada kena mengena!” Giliran Hani Yasmin pula menghambur marah.
            Shahredza diam. Tahu pun marah. Yang kau pergi buat onar dengan aku tu, kenapa? Serve you right!
            “Dan kalau pasal RM 100 ni, awak dapat lesen nak kutuk-kutuk mak ayah saya, awak ambil balik lah harta awak ni!” Ujar Hani Yasmin garang. Not seratus yang berlipat dikeluarkan dari kocek seluarnya, lantas dikoyak kasar lalu dilempar ke muka Shahredza!
            Hani Yasmin segera berlalu. Pinggan mangkuk di dalam besen diangkat sekali. Dia puas! Terpandangkan wajah lelaki itu yang kelu tanpa kata, buat dia puas! Padan muka!
            "Sorry encik. Biasalah...perempuan. Datang bulan agaknya." Bisik Fikri sebelum membontoti Hani Yasmin ke dapur. 

            ***************************************
Bab: tak tau bab bape...

Berita yang diterima dari Enot benar-benar mengejutkannya.
            “Hani, aku rasa Riz tahu kat mana kau sembunyi! Sebab masa dia jumpa aku, dia yakin semacam yang dia akan jumpa kau tak lama lagi!”
            Alamak, habislah kali ini! Hani Yasmin ketap bibir. Ah, gaya hidup nomad mula menjadi sebahagian dari hidupnya kini.
            Dia lupa. Disebabkan dia menangguhkan pelajaran di universiti, dia disyaratkan untuk membayar sejumlah pampasan pada syarikat yang menajanya. Dan dia lupa juga, syarikat yang menajanya adalah syarikat milik nenda Adrizal, Nenda Khalisah! Dan daripada transaksi bank yang dilakukan, tidak mustahil lelaki itu boleh menjejak lokasinya sekarang! Ah, kenapa dia begitu cuai? Bodohnya! Hani Yasmin membebel sendiri.
            Mengenangkan cintanya yang tak kesampaian, Hani Yasmin jadi sedih. Dia tidak mahu menjadi penghalang cinta Lisa pada Adrizal. Juga dia tidak mahu Adrizal menjadi anak yang derhaka pada orang tuanya.
            “My mum memang berhasrat nak menjodohkan Riz dengan Lisa sejak dulu lagi. Sebelum you and Adrizal menjadi pasangan kekasih lagi.” Ayat yang keluar dari bibir Idrazif suatu ketika dulu, kini kembali bergema di memori ingatannya, merobek seluruh hatinya.
            Mengingatkan itu, hatinya jadi luluh. Dia tahu, Adrizal hanya mencintai dirinya seorang. Bukan Lisa, bukan yang lain, cuma dia. Namun setelah mengetahui rahsia besar keluarga Adrizal dan sejarah lelaki itu sendiri, dia akur untuk meninggalkan lelaki itu. Dia tidak betah melihat lelaki itu merana andai saja dia ingkar.
            “I harap you faham. Bukan I tak tahu betapa Riz cintakan you, tapi please la, I tak harapkan kehadiran you sebagai menantu keluarga memandangkan mama I dah ada calon pilihannya sendiri untuk Riz. Kalau you ingkar, mungkin keluarga I akan berpecah belah. I hope you faham perasaan I sebagai abang. I mohon you tinggalkan Riz…” Saat Idrazif melafazkan kata-kata itu, serasa jantungnya berhenti berdegup. Kaki serasa tak berpijak di bumi lagi. Air mata mengalir laju membasahi bumi tempatnya berpijak. Pilu di hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
            Dan kini, dia tak boleh sampai membiarkan lelaki itu menjejakinya lagi. Kisahnya kini tinggal sejarah. Kedua-dua mereka harus menerima kenyataan yang cinta mereka tak mungkin akan jadi nyata. Tidak, dia sudah rela dan menerima kenyataan. Yang dibimbangkan, cuma lelaki itu. Dia tahu lelaki itu masih mencintainya.
            Ya, dia harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Lelaki itu mungkin datang bila-bila masa.Dia harus siap sedia.

            ***************************************
            “Thanks Bad, sebab dah tolong aku.” Kata Shahredza pada Badrul seraya menghulurkan mug berisi hot chocolate.
            “Apa pulak nak berterima kasih. Kau jangan nak poyo sangat boleh tak?" Tempelak Badrul sebelum keduanya ketawa. Huluran bersambut.
            “Serius, aku terhutang budi dengan kau. Kalau kau tak tolong aku, dah lama aku masuk hospital bahagia sebab gila nak melayan kerenah Suraya anak Tan Sri Salleh tu!” Desis Shahredza. Minuman panas itu diteguk perlahan. 
Badrul tersengih.
            “Kenapa mesti Suraya? Macam dah tak ada perempuan lain kat dunia ni.”
            “Suraya tu memang hantu. Mama memang dah kena tipu bulat-bulat dengan Suraya. Mana tidaknya, Suraya tu memang pandai berlakon!” Balas Shahredza, masih tak puas hati. Alah, Suraya tuh, bukannya cantik pun. Harapkan make up berkilo-kilo. Dahlah buruk perangai. Tak berbaloi nak dibuat bini. Terbuka sana, terbuka sini... macam tak cukup kain.
            Badrul tergelak. Memang betul. Suraya memang hantu, bagi free pun dia tak sanggup!
            “Aku pun naik hairan bila kau cakap mama kau nak jodohkan kau dengan Suraya. Sebabnya, few weeks ago, aku ada terserempak Suraya dengan anak Tan Sri Halim berkepit di Bukit Bintang. Mesra lain macam.” Ujar Badrul. Serius.
            Shahredza tersenyum sinis. Si Badrul ni pun satu. Macamlah tak kenal Suraya tu perempuan yang macam mana. Tukar lelaki macam tukar baju!
            “Itu sebabnya aku lari. Aku tak nak hidup aku terikat dengan perempuan macam tu. I'm not that desperate. Kalau macam tu lah, baik aku membujang sampai ke tua! Tak kahwin pun tak apa, bro!” Ujar Shahredza. Badrul terangguk-angguk, mengiyakan.
            “Kan membujang betul karang.” Badrul cuba menyakat.
            “Tak ada lah membujang. Kau tengok, apa muka aku ni tak ada pakej sangat ke? Boleh jadi Hero REMAJA tau! Maskulin habis ni! Kau jangan main-main...” Ugut Shahredza. Bunga tawa keduanya pecah.
            “Tapi Bad, kau pasti ke tak ada sesiapa tahu kau ke sini... jumpa aku?” Tanya Shahredza, sedikit bimbang. Buat masa ini, dia mahu bersembunyi dahulu. Belum ada niat untuk kembali. Tidak selagi niat mamanya belum terpadam.
            “Kau jangan risau. Semuanya bersih! Cun bro!” Badrul memberi jaminan.
            “Cantik! Bad, kau lah member aku yang paling awesome!Tapi kan Bad, kalau aku pass Suraya dekat kau, agak-agak, mama aku akan cancel kan tak plan dia?”
“Kau gila!” Badrul tersedak! Shahredza tersengih.
“Kalau macam tuh, aku tak kahwin pun tak apa lah bro!” Balas Badrul sambil mencerlun tajam. Shahredza ketawa mengekek. Melihatkan muka Badrul yang cuak, rasa kelakar menyelinap dihatinya.
“Aku gurau ajelah."
“Eh! Cakap, cakap jugak. Yang kau pulak, nak stay sini sampai bila? Sampai bila kau nak jadi pelarian ni?” Soal Badrul lagi. Bukan dia tak tahu, kerja-kerja di office sudah mula menimbun. Kasihan pula pada Zarul Haziq yang terpaksa mengambil alih semua tugas Shahredza buat sementara waktu.
“Sampai mama cancel plan dia. Kalau tak, aku tak akan balik.” Jawab Shahredza, confident habis. Ah, mama tak mungkin mengubah keputusannya begitu saja!
“Kau gila! Kalau macam tu, sampai kiamat pun belum tentu! Kesian si Zarul, kena ambil alih semua kerja kau. Adik macam apa lah kau ni.”
Shahredza diam. Bersandar malas di sofa. Zarul Haziq. Memang anak yang baik. Abang yang baik. Terlalu baik sampai rela seluruh hidupnya diatur mama. Kasihan Zarul. Tapi dia bukan Zarul untuk terus berdiam diri dengan segala keputusan mama. Tidak!
“Dan kau pulak, berapa lama kau nak stay sini? Jangan cakap kau pun nak curi tulang.”
“Tak lama. 3 hari aje bro, boleh?” Tanya Badrul kembali.
“Boleh, tapi papa aku tak syak ke kau menghilang lama-lama macam ni? Kau kan orang kanan papa aku.” Gurau Shahredza.
Badrul mengangguk malas. Berapa kali nak cakap. Selamat.
“Betul ni?” Shahredza masih tak yakin. Kalaulah mama tahu Badrul turut bersekongkol dalam cubaannya melarikan diri, mungkin Badrul akan dibuang kerja. 
“Betul. Aku dah minta secretary aku cakap yang aku ke Hong Kong untuk seminar bulan ini. Padahal aku dah suruh si Hakim gantikan aku.”
“Oh. Kau curi tulang la ye?”
“Tak payah nak overreact bro! Kita sama aje bro. Kosong-kosong lah.” Badrul ketawa, Shahredza pun sama. Ya, dua kali lima.

            ***************************************
Bab seterusnya.

            Hani Yasmin gelisah. Apa yang dilihatnya benar? Apa dia tak salah pandang? Adrizal ada diluar! Ah, apa yang harus dilakukannya?
            “La... Apa lagi yang dok termenung kat situ tu? Customer dah tunggu kat luar sana, cepat.” Arah Malik. Hani Yasmin terkulat-kulat ditepi pintu dapur. Sesekali dia mengintai ke luar. Memang benar. Matanya tak salah memandang, memang dia. Adrizal sedang duduk di meja. Mata lelaki itu meliar. Mencarinya, mungkin?
Haikal yang sibuk menyiapkan pesanan pelanggan, mengerling kehairanan. Kenapa dengan gadis yang seorang itu? Bagai cacing kepanasan. Apa yang sedang mengganggunya?Dia pelik.
Perlahan Haikal mendekat. “Hani.”
Hani Yasmin tersentak. Lelaki yang namanya Haikal tiba-tiba tercegat dibelakangnya.
“Saya tengok awak dah macam orang gila. Macam cacing kepanasan. Kenapa?”
“Carl... erm... saya kerja separuh hari saja hari ini. Rasa tak sedap badan.” Hani Yasmin jadi serba salah.
"Awak ni kenapa? Tak sihat ke?" Pantas tangan lelaki itu hinggap ke dahinya. Hani Yasmin segera mengelak. Dah start jadi Romeo lah pulak mamat ni...
 "Saya okay... erm... sorry Carl... Tolong cakap dekat bos ya?" Ujar Hani Yasmin separuh berbisik. Apron yang dipakainya segera dilucut, lantas berlalu ke pintu belakang. Namun, baru beberapa langkah menapak, dia berpaling.
“Satu lagi... kalau ada sesiapa tanya pasal saya, cakap saja awak tak tahu. Boleh? Mintak tolong sangat-sangat Carl, Malik, Johan. Please ya!” Usai berkata demikian,  Hani Yasmin  segera berlalu. Dia mesti bersembunyi.Lelaki itu mungkin saja akan menjumpainya, andai dia tak berhati-hati.
Malik dan Johan saling berpandangan. Haikal lagi hairan. Kali ini jelas, memang Hani Yasmin sedang melarikan diri dari seseorang. Tapi dari siapa?
“Dah Hani tak ada, kau tolong hantarkanlah Carl. Meja no.7.” Dengan segunung perasaan ingin tahu, Haikal menurut.
***************************************
"Hani Yasmin?" Haikal tersentak. 
Oh, lelaki inikah yang menjadi penyebab Hani Yasmin melarikan diri?
“Oh, kalau yang tu, rasanya tiada. Lagipun, di restoran kami cuma ada seorang sahaja pekerja wanita. Tu, yang duduk dekat kaunter bayaran sana.” Tunjuk Haikal pada Elly, yang sedang duduk di kaunter bayaran.
Are you sure?” Soal Adrizal kembali. Anak matanya menentang anak mata lelaki itu. Mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.
Haikal jadi gugup. Lelaki itu seakan perasan yang dirinya telah berbohong. Tapi dia harus berlagak tenang. Ya, tenang.
“Maaf encik, tapi saya tak kenal sesiapa yang bernama Hani Yasmin disini.” Haikal menegaskan. Permintaan Hani Yasmin cuba dipenuhi.
Okay, nevermindThanks.”
Haikal mengangguk, lantas meminta diri.
***************************************
“Oh, Kak Hani? Dia memang kerja dekat sini. Bahagian dapur. Dah setahun lebih rasanya.” Gadis yang dipanggil Elly memberi jawapan jujur. Mungkin gadis itu tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam komplot persembunyian Hani Yasmin .
Adrizal tersenyum. Lelaki tadi cuma berbohong. Dan terima kasih pada Elly, kedatangan dia ke sini memang tidak sia-sia. Hani Yasmin, aku memang akan cari sampai kau sampai ke hujung dunia!
“Ada apa encik ni nak cari Kak Hani ya?” Tanya Elly pula. Hairan pula dia. 
Adrizal diam seketika, mencari jawapan yang sesuai. Kalau dia berterus terang, mungkin Elly menolak untuk membantunya.
“Dia adik saya. Dia lari dari rumah.” Elly melopong. Lari dari rumah?
Adrizal tersenyum. Umpannya mengena.
“Oh, macam tu ya? Tak apa, Elly boleh tolong encik carikan Kak Hani sampai ketemu. Elly tahu dia tinggal dimana.” Melihatkan muka Elly yang naif itu, Adrizal serasa lucu. Pasti kali ini Hani Yasmin tidak dapat melarikan diri lagi.
Setelah berbincang dengan Elly, gadis itu bersetuju untuk membawanya ke tempat tinggal Hani Yasmin selepas shif kerjanya tamat.

***************************************
“Saya dah tahu siapa yang awak takutkan sangat tu.” Gurauan Haikal buat Hani Yasmin  tersedak. Pasti Ismarizal ada menanyakan soal dirinya pada Haikal.
“Awak dah jumpa dia? Apa dia cakap kat awak? Awak cakap ke yang saya ada kat sini?” Tanya Hani Yasmin, cemas.
“Mungkin ya, mungkin tidak.” Gurauan Haikal menambahkan debaran di hatinya. Ah, tak mungkin Haikal sanggup mengkhianatinya. Dia tahu, dia boleh percayakan lelaki bernama Haikal itu.
“Seriuslah awak!” Marah Hani Yasmin.
“Tak lah, saya gurau aje. Dia ada tanya saya, tapi saya cakap saya tak kenal awak.” Hani Yasmin mengucap lega.
“Habis, dia dah pergi?”
“Mana saya tahu, tak pulak saya tanya dia apa-apa. Tapi rasanya dia dah tak ada kat sini.” Ujar Haikal, sambil matanya meliar mencari kelibat Ismarizal.
Thanks Carl. Assalamualaikum.” Panggilan ditamatkan.
Ismarizal mungkin bila-bila masa sahaja muncul disini. Baik dia cabut dulu sebelum lelaki itu menjumpainya.
Baru saja Farahani membuka pintu, terlihat di kejauhan bayangan Elly bersama seseorang. Seseorang? Hani Yasmin mengamati. Adrizal!
Pintu kembali ditutup serapatnya lalu dikunci. Ah, dia lupa untuk berpesan pada Elly! Pasti lelaki itu ada bertanyakan Elly tentangnya! Dan Elly yang naif itu pasti memberitahu segalanya dengan jujur. Ah, masak! Dia harus lari.
Farahani cabut keluar melalui pintu belakang. Lantas pergi bersembunyi di chalet bersebelahan. Nak lari jauh-jauh, Adrizal pasti perasan. Dia harus tunggu disitu buat sementara waktu.
Sedang kepalanya tertonjol-tonjol mencuri pandang Elly dan Ismarizal yang tercegat di depan rumahnya, ada suara garau menyergahnya.
“Hoi, apa you buat kat sini hah?” Farahani tersentak, lantas berpaling. Ah, mat tembikai!
Wajah Shahredza tersembul dipintu belakang chaletnya. Farahani yang sedang buntu, segera menerpa masuk ke chalet lelaki itu. Shahredza tersentak!

***************************************
Bab seterusnya...

“Suka hati you aje main redah masuk tempat tinggal I kan? You ingat you siapa, polis?” Suara Shahredza meninggi. Main redah-redah aje. Ingat dia siapa? Inspektor Aleeza? Filem Gerak Khas? Marahnya tempoh hari masih belum hilang.
“Shhhhhhhh!” Marah Hani Yasmin, sambil jari telunjuk kanannya diletakkan ke bibir, memberi isyarat supaya lelaki itu diam. Dia belum sempat menerangkan segalanya. Nanti sajalah dijelaskannya. Tempoh ini sangat kritikal. Dari tingkap rumah Shahredza, dia mengintai kelibat Elly dan Adrizal.
Shahredza tersenyum sinis. Dia hanya berdiri sambil berpeluk tubuh. Dia tuan rumah, dan dia juga yang disuruh diam? Ah, semua ini tak masuk akal. Perempuan ini memang gila!
Elly sudah tiada, hanya Ismarizal yang tercegat disitu. Mungkin sahaja Elly sedang masuk ke chalet untuk mencarinya. Tak lama, Adrizal mengalih pandang ke arahnya. Farahani kecut perut. Segera dia menjauhkan dirinya dari tingkap kaca itu. Bimbang Ismarizal dapat menjejakinya.
Tiba-tiba Farahani dikejutkan dengan panggilan dari Elly. Serta merta panggilan itu diputuskan. Telefon segera dimatikan dan bateri dipisahkan dari telefonnya, lantas diletakkan ke meja.
 “Wait! I tak faham satu apa pun yang sedang berlaku!” Bentak Shahredza, tak puas hati. Sedari tadi dia cuma tercegat menjadi penonton setia drama tak berdirektor ini. Apa masalahnya dengan perempuan yang seorang ini?
“Sabar! Nanti saya explain. Sekarang, saya tak ada masa nak cari gaduh dengan awak!"
Shahredza mencebik. Hani Yasmin menarik nafas seketika.
"Saya nak tumpang duduk sini sampai lah stranger depan rumah saya tu pergi. Please?” 
"Baru sekarang you nak minta permission? Masa you redah masuk tadi, tak ada pula you tanya I kan?' Perli Shahredza. Dah redah masuk tempat aku, dah duduk kat kerusi aku, baru nak mintak permission?
Hani Yasmin tersengih. "Sorry... tadi saya gelabah sangat..."
“I rasa you ni dah gila agaknya.” Ayat yang pendek, namun cukup tajam.
Hani yasmin mencerlun garang. Gila? Sesedap rasa pula mengata ya! Namun dia tiada pilihan, terpaksa akur. Sabar aje lah!
“Awak tolong saya sekarang, awak dah buat satu kebaikan. Dapat pahala.” Balas Farahani selamba. 
Shahredza mengetap bibir. Kebaikan lah sangat! Kalau diikutkan perasaan marahnya, mahu sahaja dihalau perempuan itu. Nasib dia masih punya hati nurani. Dia cuba beralah. Perempuan itu pasti ada alasan tersendiri mengapa dia bertindak demikian.
Farahani mengintai ke tingkap sekali lagi.Ah, lelaki itu masih disitu.Sampai bila?Dia mahu segera keluar dari situ.Berdua-duaan dengan lelaki asing ini membuatnya kurang selesa.
“Siapa lelaki tu?” Hani Yasmin tersentak. Shahredza yang tadinya bersandar dikerusi malas kini berada dibelakangnya. Sama-sama mengintai Adrizal menerusi tingkap kaca yang terbuka kecil.
Hani Yasmin segera menjauh. Alahai mat tembikai poyo ni... Janganlah buat perangai pelik pula...
“Kawan.” Balas Hani Yasmin pendek. Tak kuasa nak bercerita.
“Kawan?” Shahredza mengerutkan keningnya. “Tak nampak macam kawan pun.”
Pardon?”
“Kalau kawan saja, kenapa nak main hide-and- seek pula? Jumpa sajalah?” Balas Shahredza, selamba.
Hani Yasmin mengerling tajam. “Awak kalau tak tahu apa-apa, baik diam. Tak payah nak sibuk-sibuk.”
Shahredza mengetap bibirnya. 
“I pun tak kuasa nak sibuk-sibuk. Tapi memandangkan you yang datang bersembunyi kat tempat I, I have the right to know what had happened. Entah-entah, you ni penjenayah yang dikehendaki, dan lelaki di sana tu datang nak tangkap you!”
Giliran Hani Yasmin pula mengetap bibir! Buta ke dia ni? Muka aku punyalah baik, ada pula dia samakan dengan penjenayah! Dasar mat tembikai poyo!
Hani Yasmin mengintai lagi. Dia berharap Adrizal telah pergi. Sampai bila dia harus menunggu disini? Ya, Adrizal telah pergi! Hani Yasmin lega.
“Terima kasih!” kata Farahani sambil meninggalkan Shahredza yang masih terpinga-pinga. 
Shahredza merengus kasar. Blah macam tu aje? Tak beradab betul!

***************************************
“Kak Hani, Elly mintak maaf. Elly tak tahu kalau Encik Riz tuh kaki bohong!” Elly sejak dari tadi asyik meminta maaf. Hani Yasmin merasa rimas. Apa boleh buat, bukan salah Elly. Salah dia sendiri tak berterus terang pada Elly sejak dari awal.
“Tak apa Elly, benda dah jadi.” Hani Yasmin memujuk. Tegar Adrizal mengambil kesempatan pada Elly yang naif! Adrizal memang gila. Lelaki itu tak pernah kenal erti mengalah.
“Habis, Kak Hani nak buat apa?” Tanya Elly lagi. Soalan yang Hani Yasmin sendiri tiada jawapannya.
“Entah. Kak Hani buntu. Kak Hani tak boleh balik. Riz mesti tengah tunggu akak kat tempat akak. Elly boleh tolong akak tak?” Elly mengangguk laju. Katakan saja, dia akan lakukannya.
“Elly tolong packkan baju-baju akak. Sekali dengan barang-barang penting akak. Akak tunggu kat sini tau. Boleh?” 
Elly mengangguk lagi.
“Tapi... akak nak pack barang sebab akak nak lari lagi ke?” Dengan payah, Hani Yasmin mengangguk. Bukan niatnya mahu lari, tapi cuma itu saja pilihan yang dia ada. Apa yang dilakukan demi Adrizal juga demi memenuhi janjinya pada Idrazif juga.
“Kalau ada apa-apa, jangan lupa call akak ye?”
            “Baik.” Elly segera meninggalkan situ.
             Hani Yasmin meraba kocek seluar jeansnya. Ah, telefonnya hilang! Tiba-tiba peristiwa yang berlaku tengahari tadi menjengah ke fikirannya. Mat tembikai poyo
            “Elly!” Jerit Hani Yasmin pada Elly yang semakin menjauh. Segera Farahani mendapatkan Elly yang tercengang itu.
            “Elly masuk ikut pintu belakang tau! Erm... satu lagi, akak nak pinjam handphoneHandphone akak hilang.” Elly segera menghulurkan telefonnya.
            “Cepat tau.” Pesan Farahani pada Elly sebelum gadis itu menghilang.

             Hani Yasmin segera mendail telefonnya yang tertinggal di rumah Shahredza. Berulang kali dia cuba, namun masih tak berjawab. Hani Yasmin membebel panjang. Dalam masa gawat beginilah dia buat hal! Dicubanya lagi sekali.
            “Hello.”
            “Assalamualaikum. Awak, boleh saya tolong tak?” Ujar Hani Yasmin, laju.
            “Siapa ni?” Pulak dah. Ini bukan sesi mengurat!
            “Tuan telefon inilah.”
            “Yes, I knowBut who?” Hani Yasmin mengetap bibir. Aku serius, dia boleh pula main-main. Nak kena lempang ke?
            “Hani.” Jawab Hani Yasmin pendek. Tak kuasa nak melayan.
            “Hani mana ya?” 
Alahai... memang dasar mamat poyo! Buat lawak bodoh lah pulak!
“Eh mat tembikai poyo! Awak jangan nak poyo sangat boleh tak? Hani yang datang rumah awak tadi siang lah!” Jerkah Hani YasminSabarnya hilang.
“Oh baru I ingat! Perempuan gila ya?” 
Hani Yasmin tersentak. Perempuan gila? Tolonglah mat tembikai poyo ni!
WhateverPlease give back my handphone! Saya tunggu awak dekat pondok tepi pantai ni.”
Handphone buruk you ni? You yang tinggal handphone you dekat sini, you datanglah ambil sendiri.” Sakat Shahredza.
Hani Yasmin ketap bibir. Mengada-ngada betul mamat poyo ni! Nak aje aku sepak dia, biar patah semua gigi dia!
"Awak degil ya? Tak apa. Awak simpanlah handphone buruk saya tu, saya boleh gadai jam tangan awak tu, beli handphone baru! Puas hati awak?" Bentak Hani Yasmin, geram.
"You... berani you? Wait! You tunggu kat situ, perempuan gila!"
"Iya! Saya tunggu... baik awak datang cepat! Jangan lupa, bawa handphone saya sekali."
"You ni memanglah! I dah agak you yang ambil. Siaplah you!" Ugut Shahredza.
Hani Yasmin kecut perut. Terus panggilan ditamatkan.

***************************************
Bab seterusnya...

“I tak kira. I hanya akan beri handphone buruk you ni, bila you bagi balik jam tangan I yang you ambil tu!” Bentak Shahredza.
Hani Yasmin mengetap bibirnya.
"Awak ni pekak ke? Kan saya dah kata, jam awak tu saya simpan dekat rumah saya. Nanti saya bagilah dekat awak. Sekarang saya tak boleh balik ke sana lagi, lelaki tu tengah tunggu saya."
"Ke mamat tu... boyfriend you? Ex-boyfriend...?"
“Awak tolonglah jangan nak sibukkan hal saya. Sekarang saya nak handphone saya. Saya kena buat panggilan penting ni.”
“Tipu.” Balas Shahredza, selamba.
“Saya seriuslah! Awak ingat saya ada masa nak main-main dengan awak ya? Tolonglah serius sikit!” Bentak Farahani, geram. Lelaki itu memang tak pernah serius.
“Kalau you nak sangat, cubalah ambil.” Ujar lelaki itu. Handphone Nokia itu diangkat tinggi. 
Hani Yasmin merengus kasar. Geramnya! 
"Saya tahu awak tinggi macam galah. Tak perlulah nak sindir saya! Bagi balik handphone saya!" Jerit Hani Yasmin.
"Kalau I tak nak, you nak buat apa?"
Hani Yasmin menjeling tajam. Degil ya? Baik! Pantas tangannya menyeluk kocek seluar lelaki itu. Handphone lelaki itu segera dicapai, lantas dia kembali menjarakkan dirinya.
“Seronok mainkan perasaan orang?"
“Bagi balik handphone I!” Jerkah Shahredza. Perempuan ini memang gila agaknya!
“Bagi handphone saya dulu!” Balas Hani Yasmin.
Fine, bagi jam I dulu.” Shahredza masih tetap dengan pendiriannya.
Tiba-tiba telefon Hani Yasmin berdering.
Hello.” 
Hani Yasmin memandang lelaki itu dengan penuh marah. Memandai aje jawab panggilan aku!
“Adrizal?” Pertanyaan lelaki itu membuat Hani Yasmin semakin berang. Segera dia merampas telefon tersebut dari pegangan Shahredza. Panggilan segera ditamatkan. Lelaki itu tergaman.
“Puas hati awak?”
“You marah I ya?” Jawab Shahredza selamba.
"Awak jangan nak cabar saya!" Hani Yasmin geram dengan sikap selamba lelaki itu. Marahnya sudah di tahap maksima.
Handphone Shahredza yang berada dalam genggamannya dibaling ke pantai. Shahredza tersentak!
"Eh... you dah gila ke?!" Bentak Shahredza.
"Awak yang cari pasal dulu!"
"Fineand I guess... to be fair enough,  I kena baling your handphone jugak. Baru adil." Ujar Shahredza seraya merampas handphone Nokia dari pegangan Hani Yasmin lalu dibaling ke laut.
“Awak ni kan... memang gila! Gila tau tak!” Marah Hani Yasmin.
“You tu yang gila! memang malang nasib I jumpa orang gila macam you ni!” Jerkah Shahredza pula. 

***************************************
“Tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini kan?” Suara yang tak asing di telinganya.  Hani Yasmin segera menoleh. Begitu juga Shahredza.
“Riz.” Bisik Farahani perlahan.
Setitis air mata mengalir, namun pantas diseka dengan tangannya. Dia tak betah untuk menghadapi lelaki itu, lantas berkeputusan untuk lari dari situ. Belum beberapa langkah, Adrizal meluru memegang erat lengannya.
“Lepas kau tinggalkan aku tanpa sebarang kata, kau yakin aku akan lepaskan kau begitu saja?” Hani Yasmin masih diam.Tiada kata yang dapat menjelaskan perasaannya ketika itu. Ada rindu, ada sedih, ada benci, segalanya bercampur baur. Baru setahun tak bersua, namun rindunya serasa menggunung tinggi.
Shahredza diam. Hanya menjadi penonton setia disitu.
“Apa salah aku? Apa silap aku? Sampai tegar kau tinggalkan aku?” Soalan Adrizal dibiar sepi tanpa jawapan. Terlalu banyak yang harus diperjelaskan. Bukan hanya dengan satu kata.
Hani yasmin hanya diam. Mencari kekuatan untuk menafikan segalanya.
“Tak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan. Antara kita dah tak ada apa-apa hubungan. Awak dengan hidup awak, saya dengan hidup saya!” Tegas Hani Yasmin. Dia tak mahu cinta yang telah dibuang jauh itu datang kembali. Dia harus berpegang pada janji.
Adrizal terpaku. Setelah gadis itu meninggalkannya tanpa sepatah kata, dan bila takdir mempertemukan mereka kembali, dia berharap agar gadis itu bisa menjelaskan apa yang kabur. Mungkin sepatah kata maaf bisa lahir dari bibir gadis yang dicintainya, untuk memberitahu gadis itu punya alasan untuk meninggalkannya. Dan dia akan menerima apa pun alasannya. Namun sangkaannya meleset. Sungguh hatinya merasa terpukul…
“Senangnya kau berbicara. Kau biar aku luka, sedangkan kau berbahagia dengan dia!” Jerkah Adrizal. Marahnya mula meluap. Pandangan tajam dihadiahkan pada Shahredza.
Shahredza terkesima. Perlukah dia dilibatkan, sedangkan dia sendiri tidak mengenali perempuan itu. Ini semua pasti salah faham. Dia harus menjelaskan perkara yang sebenarnya.
Wait. Aku rasa kau dah salah faham. Aku bukan…” Belum sempat Shahredza menghabiskan ayatnya, Hani Yasmin meluru, memaut lengannya. Sharedza tersentak. Perempuan gila!
            “Maafkan saya Riz, saya cintakan dia.” Dengan segunung keberanian, Hani Yasmin membuat pengakuan.
            Shahredza tercengang. Cinta?Ah, masak! Dia tidak pasti apa permasalahan yang terjadi antara Hani dan orang yang dipanggil Riz itu, namun dia pasti, dia telah diheret sekali ke dalam permasalahan tersebut!
            Adrizal mengetap bibirnya. Dia sudah hilang kesabaran.
            Panggg! 
Hani Yasmin meraba pipinya yang terasa pedih. Matanya serasa berpinar. Tapak tangan Adrizal serasa masih berbekas dipipinya. Sungguh dia tak sangka Hani Yasmin sanggup menamparnya. Air matanya mula menitis laju menuruni pipi.
Shahredza naik radang. 
"Kau memang lelaki dayus. Tak guna!"
            Satu tumbukan dihadiahkan tepat ke wajah Adrizal. Adrizal rebah ke pasir. Shahredza merengus kasar. Lelaki itu harus di ajar agar menghormati kaum yang lemah. 
Adrizal tersenyum sinis. Kau dah cari pasal dengan orang yang salah!
            Adrizal bingkas bangun, lantas menghadiahkan sebuah tunbukan padu ke perut Shahredza. Shahredza tertunduk , menahan sakit. Adrizal tak tunggu lama, segera dia membelasah menumbuk muka lelaki itu. Kau silap nak cari pasal dengan aku!
           Giliran Shahredza pula tersenyum sinis. Bibirnya yang terasa perit. Darah merah yang mengalir diseka dengan tapak tangan. 
            Baru sahaja Adrizal mahu membelasah lagi, Farahani menghalang. 
“Cukup!Berhenti!”
Adrizal senyum sinis.
“Kau sayangkan sangat lelaki tak guna ni kan?” Hani Yasmin memejamkan matanya rapat-rapat. Andai sahaja dia bisa menjelaskan segalanya, pasti Adrizal bakal melutut, memohon maaf darinya.
“Memang! Aku sayangkan dia, bukan kau! Aku mohon, jangan pernah kau hadir dalam hidup aku lagi! Pergi... Pergi!” Dengan sepenuh kekuatan, Farahani menempik lantang. Tubuh Adrizal yang menghadapnya ditolak kasar. Dia segera mendapatkan Shahredza yang terbaring di pasir.
“Awak tak apa-apa?” Soal Farahani.Bimbang.
Shahredza menggeleng, lantas cuba bangun. Hani Yasmin segera menolong.        
Adrizal yang menyaksikan adegan itu, merasa begitu terpukul. Sedih, sebak hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia tak betah untuk terus dilukai…
“Aku benci kau!” Ujar Adrizal, lantas berlalu dari situ.
           
Hani Yasmin memandang sepi pemergian Adrizal. Sungguh dia rindu pada lelaki itu. Namun setelah apa yang berlaku, dirinya cuma terlihat sebagai pesalah dimata Adrizal. Apa yang harus dilakukannya? Dia terpaksa.
            “Awak tak apa-apa?” Pandangannya dialihkan pada Shahredza yang berada disebelahnya.
            Shahredza mendengus kasar. Agak bengang. Dia benci dirinya dikaitkan dalam permainan yang dia sendiri tak tahu apa yang dipertaruhkan.
            “Maafkan saya.” Ujar Hani Yasmin perlahan.
            Shahredza hanya diam, lantas berlalu. Tak dipedulikan gadis itu. Cukuplah luka-luka ini menjadi peringatan untuknya agar tidak lagi masuk campur dalam urusan orang lain.

***************************************
Bab seterusnya...

            “You nak apa lagi?” Soal Shahredza malas.
            “I'm so sorry. Saya tak berniat nak buat awak tercedera begini.” Hani Yasmin tidak tahu apa yang harus dilakukan.Sungguh dia merasa bersalah.
            “I'm okay.”
            “Saya betul-betul rasa bersalah..."
            Shahredza tersenyum sinis.
            “Kalau you betul-betul rasa bersalah, baik you balik. Kekasih you yang ganas macam gorilla tu mungkin akan mengamuk lagi teruk kalau dia tahu you datang jumpa I lagi. Kalau sampai itu terjadi, mungkin mata I pulak yang lebam nanti.” Sindir Shahredza.
"Saya datang sebab nak pulangkan ini..."
Wallet kulit milik lelaki itu dihulurkan.Shahredza segera menyambutnya. Entah bila walletnya tercicir.
"Ini jam awak..."
“Terima kasih sebab simpankannya... and sorry, sebab tuduh you yang bukan-bukan.” 
Hani Yasmin senyum.
            “Tak apa. Betul awak okay?" Shahredza mengangguk. 
"Kalau macam tu, saya balik dulu.” 
Hani Yasmin bingkas bangun. Baru saja dia bangun dari kerusi, ketukan bertalu-talu kedengaran dipintu. Shahredza mengetap bibir. Pasti si gorilla itu lagi.
See? Kan I dah cakap.” Ujar Shahredza sambil beredar ke pintu.
Dengan marah berapi, pintu dibukanya.
Shahredza tersentak!

***************************************
            Terkocoh-kocoh Badrul berkejar ke Pulau Perhentian. Berita Shahredza ditangkap khalwat benar-benar memeranjatkannya. Tak habis-habis masalah ditimbulkan oleh Shahredza. Belum lagi masalah yang lama diselesaikan, datang pula masalah baru.
            “Apa dah jadi?” Soal Badrul. Serius.
            Shahredza mengeluh panjang. Sesekali mengerling tajam ke arah Hani Yasmin yang duduk di kerusi sana. “Entah. Aku pun dah naik gila.” Shahredza menerangkan segala yang terjadi antara meraka. Mata Badrul kecil besar mendengarkan penerangan dari Shahredza.
            “Apa kau nak buat sekarang? Kalau mama kau tahulah apa yang dah kau buat ni, habislah kau!” Kata Badrul. Kepalanya yang serasa berat dipicit kuat. Terasa dirinya turut terbeban dalam permasalahan ini.
            Shahredza memejamkan matanya rapat-rapat. Lagi-lagi soal mama yang harus difikirkan. Suraya...? Ah, boleh gila jadinya.
            Ya, apa-apa pun terjadi, dia tak akan berkahwin dengan Suraya. Titik. Dan permasalan sekarang dilihatnya sebagai jalan penyelesaiannya kepada permasalahan yang sebelumnya mengganggunya. Ya, itulah jalan penyelesaiannya!
            “Kau dah gila agaknya Shah! Kau ingat kahwin ni benda main-main ke hah? Kau sedar tak?” Sergah Badrul. Dia nyata tak bersetuju dengan perancangan Shahredza. Semuanya tak masuk akal! Shahredza sedang tertekan.Dia tak mampu berfikir dengan waras.
            “Pasal aku tahu kahwin tuh perkara bukan main-main lah aku berkeputusan tak nak kahwin dengan Suraya. Aku sedar, Bad. Aku tahu apa yang aku buat.”
Hani Yasmin memandang kedua-dua lelaki yang sedang berbincang tak jauh darinya berkali-kali. Geram betul dengan sikap selamba lelaki itu. Mungkin sekarang sedang lebat memperdebatkan bukti-bukti yang segala kesalahan adalah dari pihaknya. Ah, bencinya!
Dipandang pula kumpulan lelaki yang berkopiah disana. Ada diantaranya menghadiahkan jelingan tajam ke arahnya. Ah, dirinya sudah terlihat sebagai pesalah berat! Mati aku! Kalau boleh lari, memang dia akan lari begitu sahaja!

“Kami tahu kami dah buat salah. Jadi encik, tolong kahwinkan kami...” Tenang Shahredza menyampaikan hasratnya.
"Eh, awak gila ke?" Bentak Hani Yasmin. "Awak tahu kan, kita tak ada buat apa-apa pun tadi!"
“Orang yang buat salah kalau dah terperangkap memang akan bagi 1001 alasan.” Sindir salah seorang dari lelaki yang menyerbu mereka. Panas telinganya menangkap bait kata itu. Selebat mana pun hujahnya, mereka pasti akan tetap tidak percaya. Mereka akan kata yang dirinya sedang berusaha melepaskan diri dari kesalahan sahaja.
Ah, segala-galanya dah terlambat! Semuanya dah terlewat. Nasi dah jadi bubur. Yang paling ditakutkan telah pun terjadi. Dan…
“Aku terima nikahnya…”

***************************************
 P/s: sorilah..post citer2 basi dalam lappy..bukan ape, saja nak bersihkan sawang-sawang dekat blog..haha! Enjoy ya! (:

11 comments:

Unknown said...

i want more~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anonymous said...

Sambung lah hihi even cite ni dh lapuk pun sye ttap nk bce karya writer...

"rie"

Anonymous said...

best sangat!!!
nak lg..
sambung cpt tau..:)

unKnown said...

Next? Best ni...

Anonymous said...

kenape separuh je.. nak lagi

Anonymous said...

Best pulak cerita ni... Memula agak klise, lama2 semakin menarik storyline nya...

Next entry please... Tq...

Anonymous said...

sambung lagi writer...please....

Anonymous said...

please smbg lg writer...

ciknie said...

truskn lagi..gaduh2 last khwin la plak..mcam mana la dorang nnti lps khwin mmang hani dok kena sindir la je la dengan mama ryan nnti

Anonymous said...

dah x nk smbg ke writer???

Unknown said...

NAK LAGI